Isnin, 23 Mei 2011

Beautiful Hadis...

Rasullullah S.A.W bersabda: Bila seorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul2 kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumiannya,semua orang pulang ke rumah. 2 malaikat Mungkar dan Nangkir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal si mati itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah S.W.T. Tapi lelaki kacak itu berkata: Dia adalah temanku. Dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh tinggalkannya sehingga dia masuk ke syurga.
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dunia dan berkata: " Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang2 dengan suara yang nyaring dan kadang2 dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang,selepas soal siasat kamu tidak akan bersedih."
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam syurga) tempat tidur daripada sutera yang dipenuhi bauan kasturi.
Rasullullah bersabda: Di hari pengadilan di hadapan Allah S.W.T, tiada syafaat yang lebih baik darjat daripada Al-Quran, mahupun daripada Nabi dan Malaikat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan