Selasa, 24 Mei 2011

Couple????!!!!

Kenapa perlu bercouple???
Kenapa perlu menghabiskan puluhan ringgit utk bermesej dengan si dia???
Sedangkan si dia belum tentu lagi jodoh kamu.
Kenapa kamu harus memujuk si dia ketika merajuk???
Sedangkan si dia belum tentu mahu menjadi pasangan hidup kamu.
Kenapa perlu bergayut di telefon sehingga lewat malam???
Sedangkan si dia belum tentu benar-benar mencintai kamu...


Malah, ada juga pasangan couple bercinta kerana Allah.
Kononnya mahu saling menasihati...
Tanpa disedari dia telah melakukan zina, iaitu zina mata (kamu melihat si dia),zina tangan (kamu bermesej atau berpegangan tangan dengan si dia), zina kaki (kamu berjumpa dengan si dia), zina telinga dan lidah (si dia menelefon kamu dan kamu mendengar dan bercakap dengan si dia sehingga melalaikan), dan terakhir zina hati (kamu sentiasa mengingati dan merindui si dia).


Sabda Nabi S.A.W : " Barang siapa jatuh cinta, kemudian menahan dirinya, tidak meluahkan perasaanya dan bersabar terhadap ujian tersebut lalu meninggal dunia, maka matinya itu adalah syahid".
Subhanaallah.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan